PEMBAZIRAN RM38.5 JUTA PALING NYATA.
Kediaman rasmi Perdana Menteri kononnya perlu dibaiki dan diselenggara. Perlu tambah baik.
Nak baiki, baiki lah. Tapi perlu ke belanja sampai RM38.5 JUTA??!
Ini adalah ketirisan paling jelas dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Kos ini diluluskan pada 19 Mac 2021.
Waktu lulus ni, tak fikir rakyat ke?
Kita hari-hari sebut, rakyat sedang susah, lapar dan sakit. Nak belanja makan minum kena jimat. Ada yang kena buang kerja, kena potong gaji.
Penjawat awam siap bagi sumbangan gaji untuk bantu lawan COVID19.
Nak jaga imej negara, tak perlu belanja sampai RM38.5 juta. Kalau pemimpin bijak, boleh jaga rakyat, boleh jaga negara itu dah cukup untuk imej negara.
Kita pernah tahu ke kediaman rasmi Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang mengeluarkan New Zealand dari wabak pandemik?
Atau kediaman rasmi Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen yang dua kali berjaya mematahkan penularan COVID19?
Melampau sangat. RM38.5 juta boleh disalurkan untuk bantu frontliners di luar kawasan Lembah Klang, atau bantu baik pulih sekolah luar bandar, atau sediakan projek perumahan rakyat termiskin.
RM38.5 juta ini dah dianggap boleh bina lagi beberapa kediaman rasmi, tapi ini guna untuk baik pulih sahaja?
Ketirisan luar biasa yang dilakukan terang-terangan oleh Kerajaan Perikatan Nasional.